www.roslan2u.blogspot.com

www.roslan2u.blogspot.com

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah kerana memberikan kekuatan kepada saya untuk membina blog ini dengan harapan dia dapat membantu pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar-pelajar SM Sains Kota Tinggi khususnya dan seluruh warga pendidikan amnya. Diharapkan ianya dapat memberi menfaat kepada semua.

Sekian, Terima kasih.

Roslan Yasnain
Guru Pendidikan Islam
SM Sains Kota Tinggi
.

"Penjana Generasi Terbilang"

"Penjana Generasi Terbilang"
SM Sains Kota Tinggi

Orang Yang Berjaya Berani Menentang Musuh Dengan Sentiasa Mengingati Allah.

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Al-Anfal : Ayat 45

Cara Mengingati Allah :



Catatan :




Muslim Berjaya Banyak Bertaubat.

Demikianlah akibat orang-orang derhaka), adapun orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka semoga akan menjadilah ia dari orang-orang yang berjaya.

Surah Al-Qasas : Ayat 67

Doa Taubat .



Catatan :


Ciri Muslim Berjaya : Jaga Pandangan Dan Kehormatan Diri.

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Surah An-Nur- Ayat 30

Ceramah A'A Gym Tentang Menjaga Pandangan.



Catatan:



Ciri Muslimah Yang Berjaya : Menjaga Pandangan, Menjaga Kehormatan Dan Menutup Aurat.



Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Surah An-Nur: Ayat 31

Ceramah Tentang Menutup Aurat :



Catatan :




Ingin Berjaya Perlu Berhijrah

"(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya"

Surah Taubah : Ayat 20

Apa Kata Dr Fadilah Kamsah Tentang Hijrah?



Catatan ;


Ingin Berjaya Perlu Lulus Ujian


"Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? "

"dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta"

Surah Al-Ankabuut Ayat 2-3

Cara Menghadapi Ujian Allah :



Catatan :




Apakan Ciri-Ciri Orang Yang Berjaya?


1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman,
2. Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam sembahyangnya;
3. dan mereka Yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan Yang sia-sia;
4. dan mereka Yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
5. dan mereka Yang menjaga kehormatannya, -
6. kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka Sesungguhnya mereka tidak tercela: -
7. Kemudian, sesiapa Yang mengingini selain dari Yang demikian, maka merekalah orang-orang Yang melampaui batas;
8. dan mereka Yang menjaga amanah dan janjinya;
9. dan mereka Yang tetap memelihara sembahyangnya;
10. mereka itulah orang-orang Yang berhak mewarisi -
11. Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Surah Al-Mukminuun Ayat 1-11.

Rahsia Solat :



Catatan :


Siapa Orang Yang Berjaya?



" Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa Yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang Yang berjaya"

Surah Al-A'raf ayat 8.

Catatan :